Peace be upon you

My photo
"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah beerti aku yang terbaik dari kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dari kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah bila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." [Imam Hassan Al Basri]

Ketawa dan Menangis

Rasulullah SAW keluar bertemu dengan suatu kaum yang tertawa riang. Baginda lalu bersabda :
"Ingatlah, demi Zat yang aku dalam kekuasaanNya, kalau engkau tahu apa yang aku tahu, tentu akan sedikit tertawa dan banyak menangis."
Ketika Khidir hendak berpisah dengan Musa as, Musa as meminta, "Wasiatlah aku!" Khidir berkata, "Wahai Musa, takutlah engakau dalamnya laut, jangan berjalan tanpa keperluan, jangan ketawa tanpa sebab yang menghairankan dan jangan pula engkau salahkan orang-orang yang salah sebab kesalahan mereka dan menangislah atas kesalahanmu sendiri."

Rasulullah bersabda :
"Siapa tertawa semasa mudanya dia akan menangis semasa tuanya. Siapa tertawa semasa kayanya, dia akan menangis semasa fakirnya dan siapa yang tertawa semasa hidupnya dia akan menangis semasa matinya."
  Juga baginda bersabda :
"Banyak tertawa dapat mematikan hati."
  Baginda bersabda lagi :
"Bacalah Al-Qur'an dan menagislah. Jika tidak boleh menangis, maka buat-buatlah menangis."
"Hendaklah mereka tertawa sedikit dan hendaklah banyak menangis kerana balasan apa yang mereka usahakan." 
(Q.S.At-Taubah: 82)

Menurut al-Auza'i, yang kecil itu tersenyum dan yang besar adalah ketawa terbahak-bahak.
  
Rasulullah SAW bersabda :
"Pada hari Kiamat, setiap mata menangis kecuali tiga mata ; mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang terpejam dari larangan-larangan Allah serta mata yang berjaga di jalan Allah."

sumber : Terjemahan kitab MUKASHAFAH QULUB Imam Al-Ghazali 

No comments: