Peace be upon you

My photo
"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah beerti aku yang terbaik dari kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dari kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah bila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." [Imam Hassan Al Basri]

Kelebihan Surah Al Mulk


Ada diceritakan dlm al-Quran bahawa seorang yang beramal dengan surah al Mulk bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal.Sebelum sempat menyoal, surah al Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati. Malaikat berkata "ya ahlul kitab, aku kenal kamu. Kamu al Mulk. Kenapa kamu datang ke sini?"

Seraya al Mulk menjawab "Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku. Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini."

Malaikat menjawab, "Wahai al Mulk, tidak boleh menghalang tugas kami."

Lantas surah al Mulk datang kepada Allah. "Wahai Allah, aku adalah kitabMu. Aku mahu melindungi manusia itu. Jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al Mulk) dari Al-Quran Mu."

Maka Allah memberi keizinan kepada al Mulk. Terus al Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut. Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia. al Mulk menjerit dengan gerunnya, "Wahai malaikat! Pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) Aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat. Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian keseorangan di dalam kubur. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak."





Perut sendiri vs perut orang lain



Bila kau diuji lapar takda makanan,Tuhan bagi rezeki yg kita tak disangka. Sekali lagi kau diuji makanan yang ada tak mencukupi utk menampung 8 perut yang kelaparan. Saat itu kau sedar bahawa rezeki yang kita dapat ada sebahagiannya untuk orang lain.

Perut yang lapar tadi jadi lebih kenyang bila berkongsi berbanding kalau kita pelahap rezeki yang Tuhan kasi tu sensorang. 


Serius.


Dakwah dengan perbuatan.



Ada dua jenis manusia.

  • Diam tapi berhikmah.
  • Banyak cakap tapi berhikmah.

Dalam berdakwah, ada yang suka dengar apa yang kita nak sampaikan.
Tapi ada yang lebih suka melihat perwatakan yang kita tunjukan.

Jadi kalau masih belum mampu untuk menjadi banyak bercakap tapi berhikmah maka jadilah yang diam tapi berhikmah.

Selagi kamu mampu untuk bermanfaat kepada orang lain.

Bukan untuk mendapat pujian dari mereka.
Tapi mencari keredhaan dari Dia.

Dakwah bil hal.

Nota kaki untuk diri.

Apa yang kita miliki sebenarnya ada hak milik orang yang lebih memerlukan.
Jangan rasa berat nak bersedekah, memberi atau berkongsi.

Rezeki Allah yang bagi.

Akan datang saat kita sangat memerlukan.
Kadang-kadang tanpa diduga.
Yang pasti tepat pada masanya.

Baiknya Allah.

Taknak bersyukur lagi?

Muhasabah diri.

Nota kaki untuk diri.

Kebun Dunia

Nak dapatkan pokok yang subur, pokok tu perlulah dijaga dengan baik. Siramkan air pagi dan petang, bagi baja secukupnya.

Macam diri kita juga, perlu dijaga pagi petang siang dan malam dengan siraman ibadah. Bajanya adalah dengan ilmu yang fardhu, hasil buahnya kita akan dapat di akhirat.

Kata Imam Al Syafie, 
"Dunia adalah tanaman untuk akhirat. Dunia tempat kita menyemai. akhirat tempat kita menuai. Kalau kita nak merasai buah yang manis dan banyak, sewajarnya pokok yang kita tanam itu baik dan subur"

Orang yang ingat Allah, ingat akhirat. Orang yang ingat akhirat sentiasa sibuk di dunia.



Allah SWT berfirman, 
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak,(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."  
[surah al Hadid : 20]
SOLUSI
~Iman Global~