Peace be upon you

My photo
"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah beerti aku yang terbaik dari kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dari kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah bila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." [Imam Hassan Al Basri]

Kelebihan Surah Al Mulk


Ada diceritakan dlm al-Quran bahawa seorang yang beramal dengan surah al Mulk bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal.Sebelum sempat menyoal, surah al Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati. Malaikat berkata "ya ahlul kitab, aku kenal kamu. Kamu al Mulk. Kenapa kamu datang ke sini?"

Seraya al Mulk menjawab "Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku. Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini."

Malaikat menjawab, "Wahai al Mulk, tidak boleh menghalang tugas kami."

Lantas surah al Mulk datang kepada Allah. "Wahai Allah, aku adalah kitabMu. Aku mahu melindungi manusia itu. Jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al Mulk) dari Al-Quran Mu."

Maka Allah memberi keizinan kepada al Mulk. Terus al Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut. Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia. al Mulk menjerit dengan gerunnya, "Wahai malaikat! Pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) Aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat. Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian keseorangan di dalam kubur. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak."





No comments: