Peace be upon you

My photo
"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah beerti aku yang terbaik dari kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dari kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah bila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." [Imam Hassan Al Basri]

Kebun Dunia

Nak dapatkan pokok yang subur, pokok tu perlulah dijaga dengan baik. Siramkan air pagi dan petang, bagi baja secukupnya.

Macam diri kita juga, perlu dijaga pagi petang siang dan malam dengan siraman ibadah. Bajanya adalah dengan ilmu yang fardhu, hasil buahnya kita akan dapat di akhirat.

Kata Imam Al Syafie, 
"Dunia adalah tanaman untuk akhirat. Dunia tempat kita menyemai. akhirat tempat kita menuai. Kalau kita nak merasai buah yang manis dan banyak, sewajarnya pokok yang kita tanam itu baik dan subur"

Orang yang ingat Allah, ingat akhirat. Orang yang ingat akhirat sentiasa sibuk di dunia.



Allah SWT berfirman, 
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak,(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."  
[surah al Hadid : 20]
SOLUSI
~Iman Global~

No comments: