Peace be upon you

My photo
"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah beerti aku yang terbaik dari kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dari kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah bila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." [Imam Hassan Al Basri]

Pilih Teman yang Membawa Kita Ke Arah Kebaikan - Datuk Mohd Zawawi Yusoh





Teman yang paling baik ialah apabila kita melihat wajahnya kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan mengingati mati.


“Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (Hadis riwayat al-Hakim)


Allah s.w.t mencipta makhluk di atas bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, mereka tidak akan hidup berseorangan. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, mereka dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri sebagai seorang manusia normal. Itulah antara hikmah kenapa Allah mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa.


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuan-Nya.”
Dalam islam faktor memilih kawan amat dititkberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Pendek kata, sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang. Justeru jika salah pilih sahabat pasti kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Seseorang itu adalah mengikut temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (Hadis riwayat Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab,
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wanginya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya. “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orangnya yang sifat seperti berikut :


  • Jika kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
  • Jika kamu rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • Jika kamu memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  • Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik
  • Jika dia melihat sesuatu yang tak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  • Jika kamu meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  • Jika kamu berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • Jika kamu merancangka sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga   kepentingan persahabatannya
  • Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat


No comments: